BLOK ASPURA
- BLOK ASPURA ASRAMA SMK TANAH MERAH1
(Gambar Tahun 2004)
Nama-nama Dorm yang ada:
DORM SYAFEI
DORM BUKHARI
DORM HAMBALI
DORM MALIKI
DORM HANAFI
DORM GHAZALI
Dorm Syafei selalunya eksklusif untuk penghuni Tingkatan Enam Atas. Biliknya kecil dengan hanya sekitar 14 orang boleh diisi. Manakala Penghuni Tingkatan 5, ditempatkan di Dorm Bukhari. Penghuni Tingkatan 1, 2 dan 4 , tempat mereka di dalam Dorm Maliki, Hanafi dan Hambali serta Ghazali
Penghuni senior dan Junior TIDAK dicampurkan untuk mengelakkan kejadian buli di kalangan penghuni. Mana-mana penghuni senior yang menceroboh masuk ke bilik junior pada waktu malam akan diambil tindakan.
Kapasiti penghuni aspura yang boleh diisi adalah sekitar 100 orang. Walaupun begitu, kebiasaannya, bilangan yang dapat diisi hanyalah setakat 60 hingga 80 orang. Bukan kerana katil tidak mencukupi, tetapi kebanyakan pelajar lelaki adalah menghisap rokok, tidak suka dikongkong, terutama pelajar Tingkatan Enam dan oleh kerana itu mereka ini akan mengelak diri daripada memohon untuk masuk dan tinggal di asrama.
Setakat ini, TIADA kes buli serious yang berlaku di asrama kecuali kes-kes kecil. Namun begitu, tindakan kita keras..mana-mana penghuni yang terlibat atau cuba melakukan buli, akan dibuang terus dari tinggal di asrama...
Penghuni Tingkatan 1 dan 2 yang terpilih tinggal di asrama mestilah dari Kelas Bestari. Manakala penghuni Tingkatan 4, mestilah dari Tingkatan/kelas Q, yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab....
Sejarah Ketua Aspura:
2004 - Mohd Ayub Roslan
2005- Mohd Farauk Roslan(Adik kepada Mohd Ayub Roslan, berasal dari Gua Musang)
2006-Salahudin (berasal dari Temangan, Kelantan)
Kesemua mereka adalah pelajar Tingkatan 6 atas. Mohd Ayub Roslan adalah pemimpin asrama contoh. Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran di UITM Shah Alam dalam bidang Teknologi Makanan. Dengar khabar, beliau masih aktif sebagai pemimpin pelajar di sana. Membuat perniagaan kecil-kecilan dengan menjual burger.
Manakala adiknya, Si Farauk, dengar khabar bakal menjadi kakitangan kerajaan sebagai Pegawai Di Jabatan Kebajikan Masyarakat. tahniah untuk kamu berdua. Selamat Majujaya!...
Pendek kata, asrama SMK Tanah Merah 1, adalah selamat untuk didiami. Anda semua terkawal dan terbela. Walaupun begitu, kerjasama penghuni adalah penting dalam membuat laporan awal kepada pihak pengurusan tentang apa jua kemingkinan kes buli..agar tindakan awal dan berkesan dapat diambil oleh pihak pengurusan asrama...
BARISAN AJK ASRAMA TAHUN 2004
Sila KLIK untuk gambar
0 Comments:
Post a Comment
<< Home